BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apa hukum kita belajar ilmu makrifat tarikat hakikat syariat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mempelajari ilmu-ilmu syariat, hakikat, tarikat dan makrifat adalah harus dan boleh jadi wajib serta fardhu ain jika ia berkaitan dengan asas-asas Islam. Disarankan agar berguru dengan orang yang berkemahiran dan faqih dengan ilmu tersebut secara menyeluruh, bukan diambil sebahagian sahaja serta hindari daripada perkara yang menyeleweng dan menyalahi aqidah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 145

message user image