BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam ustaz/ustazah, saya ada satu pertanyaan mengenai lafaz talak. Situasinya bermula apabila saya dan ibu menonton cerita yang berkaitan dengan seorang suami yang sudah bercerai dengan isterinya. Sebelum saya melanjutkan pertanyaan, saya ingin menerangkan tentang diri saya yang sudahpun berkahwin. saya seorang yang begitu menitik beratkan soal talak. ada kalanya menyebutnya saja boleh buat saya berhati-hati takut-takut tidak kena cara atau salah cakap yang berkemungkinan menjurus saya bercakap sesuatu yang mengundang ke arah jatuhnya talak. ini kerana talak nikah dan rujuk akan berlaku meskipun dalam keadaan tidak sengaja. Berbalik kepada situasi yang telah dinyatakan di awal pertanyaan, ibu saya ke tandas semasa scene cerai dalam telemovie itu berlaku. apabila ibu saya selesai dan meneruskan tontonan, ibu saya bertanya pada saya seperti “dah bercerai ke?” Dan saya pun menjawab soalan itu dengan lafaz “haah dah bercerai”. Jadi jelas dalam situasi ini niat hati saya ingin menjawab soalan ibu saya tapi dalam masa yang sama, perangai saya yang paranoid dengan perkataan cerai itu automatik akan teringat pada isteri. Jadi saya jadi was-was dalam lafaz tadi. Takut-takut ada niat ditujukan pada perkahwinan kami. Dalam permasalahan saya ini, apakah situasi yang dinyatakan itu akan mengakibatkan jatuhnya lafaz itu? jadi apakah situasi perkahwinan kami? masih sah atau bagaimana? apa yg patut kami lakukan? Maaf atas segala kelemahan.terima kasih dari saya kiranya ustaz/ustazah sudi menjawab pertanyaan insan jahil ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perkara yang terlintas di fikiran tidak menyebabkan talak itu jatuh. Walaubagaimanapun, untuk penerangan lebih lanjut, saudara boleh merujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau di Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 110

message user image