BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sekiranya suami bertanyakan isteri "awak nak saya ceraikan awak" untuk beberapa kali dalam whatsapp dan juga berdepan, adakah talak itu akan jatuh?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan dan penceritaan saudari, tidak jatuh talak kerana ayat tersebut dalam bentuk pertanyaan sahaja. Walaubagaimanapun, dinasihatkan supaya kes ini dirujuk terus kepada Bahagian Undang-undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk tindakan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 94

message user image