BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Wbrt. Ybg Dr. Saya mohon pencerahan berhubung 1. Isteri saya setiap hari menghadiri kelas Dhuha namun setiap kali keluar rumah untuk ke kelas tidak minta izin. 2 Bagaimana ilmu yang di dapati sedangkan hukum pokok tidak di turutinya. Beliau kadang-kadang tidak meminta izin cuma memaklumkan sahaja kepada saya. Bagi saya, minta izin dengan memaklumkan 2 istilah dan bahasa yang berbeza. 3. Cara beliau memakai tudung juga agak mengikut edaran pemakaian orang sekarang iaitu tudung tutup dada sebelah sahaja seperti artis-artis sekarang. Mohon pencerahan Tn Dr Sahibulsamash.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, wajib seorang isteri meminta izin suaminya untuk keluar rumah meskipun dengan tujuan menuntut ilmu agama. Jika suami tidak mengizinkan, maka haram si isteri untuk keluar pergi ke kuliah dhuha tersebut. Namun, jika si isteri keluar ke kuliah dhuha tersebut untuk mempelajari ilmu fadhu ain, yang mana si suami tidak mampu untuk mengajar isterinya di rumah, maka wajib si isteri keluar mempelajari ilmu fardhu ain dan suami tidak boleh menghalang isteri dalam keadaan tersebut. Perkara ini boleh dibincangkan bersama antara suami isteri agar tidak berlaku salah faham dalam rumah tangga. Berkemungkinan isteri berasa telah diberi keizinan oleh si suami jika suami tidak berterus terang ketika isteri memaklumkan akan kehadirannya ke kuliah dhuha tersebut. Bagi persoalan pemakaian tudung isteri yang hanya menutupi sebahagian dada sahaja, maka suami perlu menegur isterinya dengan cara yang berhikmah supaya isterinya melabuhkan tudungnya menutupi akan sekalian dadanya agar sempurna penutupan auratnya. Di samping itu, berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah agar diri sendiri, isteri dan rumah tangga ini akan menjadi lebih baik dan mencapai redha Ilahi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 90

message user image