BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam Ust, soalannya: Syarikat saya telah mendapat projek membina dinding mudah alih (operable wall) di salah satu gereja di Melaka, Persoalan, bolehkah kami meneruskan projek pembinaan ini? memandangkan ianya sebuah gereja tempat sembahan orang bukan islam. Terima Kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam masalah membina atau membantu atau membaik pulih dalam pembinaan rumah ibadat orang bukan Islam merupakan perkara haram. Disarankan supaya saudara tidak meneruskan projek tersebut kerana ia termasuk dalam aktiviti tolong menolong dalam kemungkaran, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan, dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. (al-Maidah : 2) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 114

message user image