BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya apakah beza tangkal dan hiriz. Bolehkah saya memakai atau penyimpan hiriz yang mempunyai ayat Al Quran sebagai perlindung bukan dengan saya memuja muja Al Quran tetapi berharap agar Allah melindungi saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, memakai tangkal sudah diketahui haram hukumnya. Manakala hiriz (cincin yang diukir tulisan), jika niat memakainya adalah mengharapkan keselamatan atau seumpamanya, maka tidak boleh memakainya. Jika tidak berniat apa-apa melainkan hanya untuk dipakai sebagai perhiasan, maka dibolehkan memakainya. Allah SWT tetap dan sentiasa melindungi kita semua selagi kita mematuhi perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 359

message user image