BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Hal ini berlaku ketika saya marahkan bapa mertua saya di hadapan isteri saya berkenaan suatu perkara. Persoalannya, saya tidak pasti adakah telah berlaku lafaz taklik terhadap isteri apabila saya berkata: "nasib baik ada anak (anak kandung saya) seorang ini. Kalau tiada anak ini, saya tidak ingin ada kaitan dengan bapa kamu (bapa isteri, iaitu bapa mertua saya)". Adakah jatuh talak itu apabila anak kandung saya telah tiada, iaitu meninggal dunia (nauzubillahinzalik). Saya sedar ketika melafazkan ayat tersebut dan saya serta merta menjadi menyesal dan was-was sebaik sahaja melafazkannya. Sedangkan ketika itu saya marah kepada bapa mertua, bukan kepada isteri.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz tersebut tidaklah menyebabkan jatuhnya talak kerana tiada kaitan dengan perceraian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 84

message user image