BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum makan serbuk emas?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Islam memerintahkan untuk makan makanan yang halal lagi baik (halalan Toyyiba). Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”. (Al-Maaidah : 88) Adapun serbuk emas bukanlah sejenis makanan, kerana emas adalah sejenis معادِن (hasil bumi yang berharga seperti emas dan perak). Jika dimakan ia boleh memudharatkan. Islam melarang makan yang boleh mendatangkan mudharat. Tambahan pula, terdapat juga dalil yang mengharamkan makan dan minum daripada bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: ولا تشربوا في آنية الذهب والفضة، ولا تأكلوا في صحافها، فإنها لهم في الدنيا، ولنا في الآخرة Maksudnya : “Jangan kalian minum daripada bekas yang diperbuat daripada emas dan perak, dan jangan pula kalian makan daripada bekas makanan yang diperbuat daripadanya, kerana sesungguhnya kedua-duanya bagi orang kafir dan bagi kita di akhirat nanti.” (Riwayat al-Bukhari) Berdasarkan kepada hadith tersebut, adalah dilarang bagi lelaki dan wanita untuk makan dan minum daripada bekas yang diperbuat daripada emas dan perak, apatah lagi jika emas itu sendiri dimakan. Justeru memakannya adalah haram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 129

message user image