BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya telah menerima satu penjelasan yang berbunyi begini " untuk apa Allah adakan berbagai agama dan bangsa kat dunia ni, untuk manusia berfikir dan mengakui kebesaran Allah, bagiNya apa yang ada dilangit dan bumi. InsyaAllah" saya mohon pencerahan tentang ayat untuk apa Allah adakan berbagai agama sedangkan dari pengetahuan saya cuma Agama Islam sahaja yang diturunkan oleh Allah untuk umat manusia


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, benar, sebenarnya Allah SWT hanya menurunkan Agama Islam. Para Rasul sejak Nabi Adam AS hingga Rasul terakhir Nabi Muhammad SAW adalah pembawa dan penyampai agama (risalah) Islam. Dari segi aqidahnya hanya percayakan kepada Allah Yang Esa. Yang berbeza hanya dari segi syariahnya. Syariah yang dibawa oleh Nabi Adam berbeza dengan syariah yang dibawa oleh nabi-nabi yang lain. Ia hanya sesuai untuk umatnya. Kewujudan berbagai-bagai agama bukan atas kehendak Allah SWT. Tetapi perbuatan manusia (umat di setiap zaman) yang menyelewengkan fahaman agama yang dibawa oleh Rasul-rasul mereka sehingga membentuk agama baru. Ia tetap tidak diiktiraf dan diterima oleh Allah SWT. Justeru, Allah SWT mengutus Rasul seterusnya untuk membawa kebenaran atas nama Islam bagi setiap zaman. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir bersifat universal, yang sesuai untuk semua zaman, bangsa dan mahkluk. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW digelar sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam. Adalah malang nisbah kepada umat-umat terdahulu yang diutuskan Rasul daripada kalangan umatnya, tetapi mereka kufur dan mengingkarinya, termasuk mensyirikkan Tuhannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 181

message user image