BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Semasa mengerjakan umrah, abang saya mengambil benang daripada kiswah kaabah semasa tawaf. Beliau meletakkan benang tersebut di dalam dompetnya. Saya tidak pasti tujuan beliau berbuat demikian sama ada pelaris atau pun hanya sebagai kenangan. Persoalannya, adakah di boleh kan kita mengambil benang kiswah untuk dijadikan kenangan? Jika tidak boleh, adakah dibolehkan hanya membuangnya di mana-mana atau pun dimestikan kita mengembalikannya di tempat asalnya?


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, secara prinsipnya, walaupun kecil, ia diambil tanpa izin. Oleh itu, ia perlu dipulangkan (boleh dikirimkan kepada jamaah umrah yang amanah). Tentang tujuannya, eloklah berbaik sangka hanya sebagai kenangan, kerana jika diambil bagi tujuan pelaris, ditakuti boleh memesongkan aqidahnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 306

message user image