BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamulaikum. Sudah diketahui bahawa pergelangan kaki termasuk bahagian aurat yang wajib ditutup oleh para wanita. Persoalan saya, jika si perempuan tersebut memakai stokin untuk menutup pergelangan kakinya. Bentuk pergelangan kaki masih ternampak cuma warna kulit tidak kelihatan disebabkan ditutupi oleh stokin. Adakah bentuk pergelangan kaki tersebut dimaafkan sekiranya masih ternampakan ia? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, bahagian pergelangan kaki yang telah ditutup auratnya dengan memakai stokin yang tidak jarang, adalah mencukupi. Tidak disyaratkan menutup bentuk pergelangan kaki tersebut sehingga tidak kelihatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 326

message user image