BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan soalan. Semasa dalam perkahwinan, saya dan suami selalu bergaduh. Sebelum itu kami telah berbaik beberapa kali dengan campur tangan keluarga tetapi akhirnya tidak berjaya dan bercerai. Semasa dalam tempoh bergaduh dan berbaik, suami sering menghantar whatsapp memfitnah dan mengaibkan. Malah mengugut untuk membiarkan saya tergantung tidak bertali. Ayat yang kerap kali dia nyatakan adalah "dia lebih baik jadi perempuan dan saya elok jadi lelaki". Kerap juga dia mengatakan sekiranya dia lahir sebagai perempuan dia boleh jadi perempuan yang lebih baik daripada saya. Walaupun saya telah menasihatkan dia untuk berubah dan bertaubat kerana kejadian manusia adalah ketentuan Allah tetapi dia tetap teruskan. Sehinggakan pada satu masa dia dengan jelas telah menyatakan dalam whatsapp seperti berikut."Elok awak jadi jantan, saya elok jadi perempuan ok,silap Allah jadikan awak perempuan". Dia dengan jelas mengatakan Allah buat silap, seolah-olah dia boleh melakukan yang lebih baik dari Allah. Dia juga mengatakan dia tidak buat silap. Melihatkan dari whatsapp sebelum ini, dia seolah-olah mempertikaikan kuasa Allah dan tidak suka Allah jadikan dia lelaki. Malah dia juga kerap kali menipu sehingga sanggup menipu Jabatan Agama semata-mata kerana tidak mahu hadir sesi kaunseling di tempat saya. Apakah hukum yang jatuh terhadap dia kerana membuat kenyataan sedemikian dengan terang dan jelas akhirnya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sebagai hamba Allah adalah dilarang mempertikaikan atau mempersoalkan segala kejadian ciptaan Allah SWT. Segala apa yang Allah jadikan di muka bumi bukanlah sia-sia dan segala yang berlaku ada hikmah dan pengajaran disebaliknya. Allah jadikan lelaki atau perempuan segalanya di bawah kekuasaan dan kehendak Allah SWT. Allah maha mengetahui ke atas setiap kejadianNya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 169

message user image