BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apa hukum kita menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan seperti foodpanda yang mencampurkan makanan yang tidak halal dalam 1 beg?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan (Foodpanda) yang mencampurkan makanan tidak halal adalah harus, selagi mana diyakini ia tidak bercampur kerana proses pembungkusannya yang rapi. Dan ia dapat ditentukan bahawa antara makanan yang dibawa itu adalah halal dan tidak halal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 114

message user image