BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Angin yang kuat menyebabkan pokok-pokok besar sekeliling rumah kepunyaan tuan tanah orang lain patah dan menimpa bumbung rumah saya, mohon penjelasan siapakah yang perlu membersihkan dahan-dahan tumbang terbabit?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, bagi situasi ini tuan pokok tersebut perlulah bertanggungjawab membersihkan dahan-dahan yang telah tumbang. Sekiranya tiada tindak balas daripada empunya pokok, lakukan pembersihan sendiri. Dalam hal ini, tuan pokok tidak boleh minta pampasan/ gantirugi atas dahan yang telah dipotong. Selain bertujuan memelihara keharmonian berjiran, ia boleh menjadi suatu dakwah bil hal. Lebih-lebih lagi ia berpunca daripada kejadian angin ribut yang tidak dijangka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 84

message user image