BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya tentang isu murtad. Setahu saya, murtad jatuh dengan tiga sebab, percakapan, perbuatan dan hati. Soalnya bagaimana dengan penulisan. Contohya seperti yang berlalu di Australia. Ramai rakyat malaysia yang terperangkap dengan sindiket pemalsuan permohonan protection visa untuk membolehkan mereka tinggal di Australia atau bekerja secara sah. Mereka menggunakan khidmat sindiket. Sindiket tersebut mereka cerita didalam permohonan tersebut. mereka memaksa orang orang islam menyalin balik apa yang sindiket itu tulis yang lebih kurang maksudnya begini ' dia telah murtad di malaysia dan lari ke australia untuk mendapatkan perlindungan untuk mendapatkan pr atau protection visa. ' Dia dipaksa untuk menyalin balik apa yang sindiket itu tulis. Dia menulis bukan dengan hatinya. Kemudian dipaksa untuk tantatangan dan dipaksa untuk cop suruhanjaya sumpah. Tapi tidak pernah berikrar dengan perkataan. Untuk pengetahuan ustaz , rakyat malaysia itu sudah berkeluaga. Setelah tersedar akan kesilapan yang tidak disengajakan rakyat malaysia itu telah membatalkan atau menarik balik permohonan tersebut dan menyesal atas kesilapan tersebut. Jadi soalnya apakah jatuh murtad jika kes begini dan bagainana dengan Isterinya. Setahu saya murtad berlaku jika disertakan dengan niat atau hati. Minta pencerahan ustaz. terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, murtad ialah seorang Islam secara pilihan dengan Islamnya telah memutuskan untuk keluar sama ada dengan ucapan, perbuatan atau iktikad atau meragui apa yang telah dimaklumi dalam agama secara darurat. Untuk menentukan seseorang itu murtad adalah bukan tugas yang mudah tetapi dapat diketahui seseorang itu murtad, melalui sebab-sebab dan punca-punca ia murtad. Dalam situasi tersebut, tidak jatuh murtad kerana bukan dengan kerelaan hati dan secara paksaan, tetapi perbuatan memalsukan untuk mendapatkan permit secara tidak sah adalah berdosa dan tidak dibenarkan dalam Islam. Semoga Allah peliharakan kita semua daripada sebarang perkara yang boleh menuju ke arah kemurtadan dan berdoalah kepada Allah agar kita semua sentiasa diberi taufiq dan hidayah oleh-Nya. Adapun, kepercayaan yang terdetik di hati semata-mata tidak boleh menghukum seseorang itu murtad jika tidak dilahirkan dengan percakapan atau perbuatan. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: إن الله تجاوز عن أمتي ما حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم Maksudnya : “Allah akan mengampuni umatku atas apa yang dia bicarakan dalam hatinya, selama dia tidak melakukan atau menyatakannya.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 210

message user image