BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin meminta pandangan ustaz / ustazah mengenai masalah rumahtangga saya. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Dari awal perkahwinan sehingga sekarang, suami saya tetap dengan pendiriannya enggan mempunyai zuriat didalam rumahtangga kami. Sedangkan saya ingin mempunyai zuriat dengannya sekurang-kurangnya seorang. Puas saya berdoa memohon kepada Allah supaya hati suami saya lembut dan berubah. Tetapi belum mendatangkan hasil hingga saat ini. Dari sudut syariah, bolehkah suami berbuat demikian sedangkan tujuan utama perkahwinan adalah melahirkan zuriat bagi meramaikan lagi umat Nabi Muhammad S.A.W & sebagai penyambung keturunan? Dari sudut agama, apakah hukumnya? Apakah saya harus bercerai dengannya? Untuk pengetahuan ustaz / ustazah, umur saya 35 tahun.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, seorang suami mahupun isteri mempunyai tanggungjawab dari segi zahir dan batin terhadap pasangan masing-masing. Sehubungan itu, suami dan isteri hendaklah berbincang dengan baik berkenaan perkara ini, sekiranya masih berlanjutan, dicadangkan kepada pihak puan bersama suami untuk mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 311

message user image