BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada hantar kemuskilan saya tentang suami yang tidak solat, bukan itu sahaja, sudah bertahun 10 tahun tidak solat saya ajak pergi ceramah agama/solat tarawikh/dengar soal jawab agama semua dia tak nak buat macam mana saya hendak bersabar lagi ye, sebab saya tidak mahu tanggung dosa ustaz, dia malas mencari nafkah, baru2 ini dapat kerja jadi guard bertahan hanya 2 bulan sahaja lepas tu kena buang kerja sebab tidur, dia hanya hendak tidur sahaja, saya bekerja ada anak istimewa yang sedang bersekolah, minta dia ambil anak balik sekolah, minta bagi makan, minta mandikan tetapi mandikan 1 x sahaja dan selepas bagi makan dia akan tidur sampai anak saya buang air besar pun dia tak sedar, ini semua saya rasa akan memudaratkan kesihatan anak istimewa saya yang berusia 9 tahun perempuan. Saya dah puas berusaha ustaz, saya rasa jalan terbaik lebih baik kami buat haluan masing-masing sebab dia bukan seorang yang bertanggungjawab untuk mencari nafkah untuk keluarga sudah bertahun lamanya ustaz. Mak saya pun ada nasihatkan dia ustaz, saya dah tak boleh tanggung lagi bebanan perangai suami saya ini ustaz, saya tidak mahu perkara ini berlarutan sampai bila? Bukan saya tak nasihat atau ajak dia membuat perkara2 yang baik dia yang tidak mahu ustaz, lagi satu perangai dia suka menipu/memaki/suka tengok video lucah yang dikirimkan oleh kawan2 dia, bila saya nasihat macam itu saja lah tak ada perubahan, dia bukan sekadar tak sembahyang malah tak berpuasa juga. Minta nasihat dari ustaz. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, nafkah, memimpin serta memandu hidup beragama adalah tanggung jawab suami seperti yang biasa diterangkan dalam khutbah nikah. Walau bagaimanapun, isteri boleh mengingatkan suami tentang tanggung jawab kepada keluarga dan agama bagi kebaikan bersama dalam perkongsian hidup suami isteri dan keluarga. Suami yang ingkar daripada tanggung jawab memberi nafkah dan mengurus anak dikira “Nusyuz” (ingkar). Begitu juga jika tentang tanggung jawab kepada agama dan penghayatannya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai tabiat suka menipu, memaki hamun dan gemar kepada video lucah. Puan, dalam taklik nikah amat jelas. Jika suami gagal melaksanakan tanggung jawabnya, isteri boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa agama di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan untuk mengambil tindakan-tindakan memberi nasihat dan sekiranya perlu, tindakan perundangan diambil, jika ternyata keadaannya tidak boleh dibaiki lagi. Justeru, dalam hal ini puan perlu gunakan hak yang diperuntukkan oleh undang-undang sedia ada bagi menjaga kemaslahatan rumah tangga puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 109

message user image

Fatal error: Uncaught yii\web\HeadersAlreadySentException: Headers already sent in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 437. in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php:373 Stack trace: #0 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php(346): yii\web\Response->sendHeaders() #1 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/ErrorHandler.php(136): yii\web\Response->send() #2 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/base/ErrorHandler.php(288): yii\web\ErrorHandler->renderException() #3 [internal function]: yii\base\ErrorHandler->handleFatalError() #4 {main} thrown in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 373