BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum jabatan mufti Selangor, soalan saya ialah apakah hukum bermain permainan yang mengandungi unsur sihir dan membunuh, apakah dikira syirik jika memainkannya walaupun saya hanya sekadar bermain dan tidak percaya kepada sihir tersebut. terima kasih jika sudi menjawab pertanyaan saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sesungguhnya hukum asal kepada permainan video ini adalah harus, dan hukum asal ini (harus) akan bertukar menjadi haram jika terdapatnya sebarang unsur yang boleh menjadikannya haram. Setelah meneliti soalan saudara itu, ianya melibatkan unsur-unsur aqidah dan soal moral. Agama Islam telah mengajar kita untuk menutup pintu bagi setiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya besar, khasnya kepada aqidah umat Islam. Apatah lagi jika permainan seperti itu dimainkan oleh kanak-kanak dan para remaja yang mana di dalam usia mereka itu sangat mudah untuk terpengaruh dengan berbagai perkara. Walaupun ianya sekadar sesebuah permainan video berbentuk animasi, fantasi dan tiada berkait dengan kehidupan realiti. Namun perlu diingat, game juga mampu dan boleh menjadi wasilah untuk menyemai perkara-perkara negatif (melalaikan) apatah lagi ia berkait rapat dengan akidah. Pastinya larangan itu lebih jelas untuk dikuatkuasakan. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ Maksudnya : “Di antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat” (Riwayat al-Tirmizi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 176

message user image