BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t., saya ada soalan mengenai solat jumaat. Saya terlupa akan hari ini hari Jumaat dan sangkakan hari Khamis, jadi saya tidak pergi untuk solat di masjid. ini kali pertama saya tinggal solat jumaat dalam keadaan sedar. Selain dari solat zohor seperti biasa, apa yang saya perlu lakukan? Kerana saya tahu tinggalkan solat jumaat dengan sengaja adalah satu dosa besar.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, Solat Jumaat adalah fadhu `ain dipertanggungjawabkan ke atas setiap orang Islam, lelaki, baligh, berakal, mukim (tidak bermusafir), sihat dan tiada keuzuran yang dibenarkan oleh syara’. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu'ah ayat 9:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat).

Adapun, terlupa adalah perbuatan yang bukan disengajakan. Ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِى الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menghapuskan dari umatku dosa ketika mereka dalam keadaan keliru, lupa dan dipaksa.

(Riwayat Ibnu Majah)

Selain tuan menggantikannya dengan solat Zohor, tuan hendaklah mengambil perhatian apabila tiba hari Jumaat atau waktu Solat Jumaat agar tidak terlepas dan terlupa melaksanakannya. Seterusnya bertaubat dan menyesali perbuatan tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 304

message user image