BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

 Assalamualaikum WBT, Tuan Mufti, saya ingin bertanyakan satu soalan seperti situasi berikut: 

Pada satu waktu solat Magrib yang ditunaikan berjemaah, imam maghrib tersebut menunaikan solat maghrib bersama 4 orang makmum. Kemudian, pada rakaat ketiga, imam menyedari bahawa beliau tidak mempunyai wuduk dan terus keluar dari jemaah. Seterusnya, ada satu makmum kehadapan untuk mengantikan imam tersebut dan meneruskan solat. Adakah solat jemaah itu sah? sekiranya tidak sah, apa yang perlu dilakukan? Terima kasih di atas segala pertolongan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kepada situasi tersebut, solat berjemaah tersebut adalah sah dan tidak batal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 280

message user image