BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah menghadiri majlis perkahwinan rakan sejawat yang dibuat di ruang makan kuil dengan niat hanya ingin meraikan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di dewan makan kuil adalah tidak dilarang. Kedatangan kita dalam majlis tersebut adalah sekadar meraikan dan bagi memenuhi jemputan rakannya, tidak lebih dari itu. Pastikan makan makanan yang halal dan toyyiba dan dalam hati perlu ingkar syirik mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 204

message user image