BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: apakah hukum memakai hiasan kepala yang berjuntai di dahi seperti budaya hindustan kerana mengikut tema bollywood?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, umat Islam adalah dilarang melakukan perbuatan menyerupai atau berpakaian dan berhias mengikut agama lain. Hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : من تشبه بقوم فهو منهم Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka” (Riwayat Abu Daud) Imam al-Hafiz Ibnu Kathir menyatakan bahawa, hadith ini menunjukkan larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak disyariatkan serta ditetapkan ke atas orang Islam. Jika hiasan tersebut diketahui umum adalah budaya orang bukan Islam yang berakidah selain akidah Islam maka, hendaklah dielakkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 337

message user image