BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah org islam yang pergi jumpa "bomoh bkn islam" masih dianggap islam?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sebagai manusia biasa kita tidak berhak untuk mengata atau menganggap orang lain yang pergi berjumpa bomoh bukan Islam sebagai tidak Islam lagi. Walaupun perbuatan berjumpa bomoh bukan Islam adalah suatu perbuatan yang tidak sepatutnya dan ditegah, adalah dilarang untuk terus mengatakan seseorang itu bukan lagi Islam. Sebagai seorang Islam seandainya ia berlaku di kalangan sahabat handai atau orang yang terdekat sewajarnya menasihati dan menegurnya agar tidak melakukan perbuatan sedemikian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 191

message user image