BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: adakah jatuh talak atau cerai bila saya bercakap hari isnin ni kita berpisah saje la terhadap isteri dalam keadaan yg agak marah..jatuh ke talak tu


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, ayat “Hari isnin ni kita berpisah saje la”, yang diungkapkan kepada isteri adalah lafaz talak secara kinayah. Jika suami berniat untuk menceraikan isterinya, maka jatuhlah talak pada hari Isnin yang dimaksudkan, adapun jika suami tidak berniat lagi, hanya cadangan untuk menceraikan isteri pada hari Isnin yang dimaksudkan, maka tidaklah jatuh talak lagi pada waktu lafaz tersebut diucapkan. Walau bagaimanapun, status dan pengesahan terhadap lafaz cerai tersebut, sebaiknya dikemukakan terus kepada pihak Mahkamah Syariah berhampiran yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 123

message user image