BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t, Saya ingin bertanya, bapa mempunyai 11 orang adik beradik. Bapa saya adalah anak yang sulung dan mempunyai seorang adik lelaki bongsu, dan selebihnya adalah adik perempuan. Adik bongsu lelaki telah meninggal dunia, dan dia tidak berkahwin. Soalan saya, bagaimanakah status hartanya? Kerana adik beradik perempuan telah berpakat utk menginfaqkan harta sedangkan bapa saya tidak tahu akan hal ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sesuatu keputusan tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan semua ahli waris. Justeru, harta al-marhum hendaklah diurus dengan sebaiknya. Selesaikan hutang-hutangnya, zakat, fidyah, haji (jika belum menunaikan haji), kos pengurusan jenazahnya serta wasiat (jika ada). Kesemuanya hendaklah diurus menggunakan harta al-marhum. Manakala bakinya barulah boleh difaraidkan kepada ahli waris iaitu bahagian adik-beradik lelaki 2 bahagian, manakala adik-beradik perempuan 1 bahagian. “Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (an-Nisaa' : 176) Jika kesemua adik-beradik perempuan ingin menginfaqkan harta, mereka bolehlah menggunakan harta yang diterima daripada bahagian faraid masing-masing atas nama al-marhum. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 127

message user image

Fatal error: Uncaught yii\web\HeadersAlreadySentException: Headers already sent in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 437. in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php:373 Stack trace: #0 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php(346): yii\web\Response->sendHeaders() #1 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/ErrorHandler.php(136): yii\web\Response->send() #2 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/base/ErrorHandler.php(288): yii\web\ErrorHandler->renderException() #3 [internal function]: yii\base\ErrorHandler->handleFatalError() #4 {main} thrown in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 373