BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Saya ada beberapa soalan mengenai syariah khususnya berkenaan cerai. 1. Apakah hukum suami menghantar pesanan suara/msg kepada isterinya berbunyi “Kita dah tak ada apa-apa lagi. Kau boleh keluar dari rumah itu, kalau kau tak nak keluar, kau duduk la kat rumah tu dan aku boleh bayar” 2. Sekiranya orang bertanya status suami sama ada sudah berkahwin ke belum, dia menjawab saya sudah bercerai tetapi mempunyai anak. Apakah status atau jatuh kah talak dalam kedua-dua situasi di atas? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Lafaz yang pertama itu termasuk dalam lafaz talak secara kinayah, ia perlu diiringi dengan niat cerai oleh suami. Oleh yang demikian, bila suami menaip teks sms atau pesanan suara sebagaimana yang dinyatakan beserta dengan niat cerai, maka jatuhlah talak ke atas isterinya. Tetapi, jika suami tidak berniat cerai, maka tidak jatuh talak. 2. Lafaz yang kedua ini, boleh jatuh talak jika suami benar-benar telah melafazkan talak kepada isterinya. Lebih-lebih lagi pengakuannya yang menjawab bahawa dia telah bercerai. Namun, pengakuan semata-mata tidak dikira lafaz cerai, cuma berdosa jika menipu. Kedua-dua lafaz perceraian ini hendaklah dilaporkan terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi tujuan pengesahan, kerana mereka mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan status perceraian tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 54

message user image

Fatal error: Uncaught yii\web\HeadersAlreadySentException: Headers already sent in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 437. in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php:373 Stack trace: #0 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php(346): yii\web\Response->sendHeaders() #1 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/ErrorHandler.php(136): yii\web\Response->send() #2 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/base/ErrorHandler.php(288): yii\web\ErrorHandler->renderException() #3 [internal function]: yii\base\ErrorHandler->handleFatalError() #4 {main} thrown in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 373