BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya: 1.sah ke kalau niat banyak kali, contoh niat puasa banyak kali sebb was-was 2.sah kan kalau niat tu kita sebut ikut mulut


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan:

1) Hukum puasa puan adalah sah dan tidak perlu berniat berulang kali, cukup yakin dengan sekali sahaja. Was-was adalah gangguan dan hasutan daripada syaitan. Oleh itu hendaklah memohon perlindungan Allah SWT dengan membaca ((أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. Firman Allah SWT dalam surah al-Fussilat ayat 36:

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 Maksudnya: Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

 2) Jika lafaz di mulut dan ada niat dalam hati, maka sah. Namun, jika lafaz sahaja tanpa berniat dalam hati maka tidak sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 407

message user image