BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Sahibus Samahah Dato' Mufti/ Dato'/ Dr/ Tuan/ Puan, Ada yang menyatakan tindakan membuka pusat rawatan Islam,Ruqyah Syar'iyyah sebagai perbuatan bidaah kerana amalan ini tidak pernah dipraktikan di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.Benarkah perbuatan membuka pusat rawatan Islam Ruqyah Syari'yyah termasuk dalam kategori bidaah dan diharamkan di dalam Islam? Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, membuka pusat rawatan Islam bukanlah dalam kategori perbuatan bid’ah. Memandangkan Islam menggalakkan agar berikhtiar apabila ditimpa penyakit, maka membuka pusat rawatan Islam adalah diharuskan. Ini bagi memenuhi keperluan rawatan penyakit-penyakit yang tidak dapat dikesan dan dirawat melalui kaedah konvensional di hospital. Hadith rukyah yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah RA, katanya : لدغت رجلا منا عقرب ونحن جلوس مع رسول الله ﷺ فقال رجل، يا رسول الله : ارقى؟ قال : من استطاع منكم ان ينفع اخاه فليعمل Maksudnya : “Seorang lelaki dari keluarga kami digigit kala ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW. Lalu berkata seorang lelaki, “Ya Rasulullah, bolehkah aku merukyahnya?”. Baginda menjawab ; “Siapa yang sanggup di antara kalian menolong saudaranya hendaklah dilakukannya”. (Riwayat Muslim) Pembukaan pusat rawatan Islam ini juga bagi memberi pilihan rawatan dan mengelakkan pesakit daripada berubat dengan mereka yang mengamalkan atau menggunakan kaedah yang bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam seperti menggunakan bantuan jin, bomoh dan seumpamanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 236

message user image