BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Kawan saya. ada bertanya, bagaimana kalau kita ni hari2 solat dan beramal ibadat, tapi sebenarnya kita dah murtad tanpa sengaja? Maksudnya, si pelaku pernah melakukan sesuatu yg menjadikan dia murtad tanpa dia sedar tetapi dia masih sangkakan dirinya beragama Islam. Apa yg patut dibuat? Cukupkah sekadar bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah? Ataupun beristighfar? Mohon pencerahan ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, murtad boleh berlaku melalui perkataan, perbuatan ataupun pengakuan. Walaupun seseorang itu telah jelas mempunyai ciri-ciri murtad, ia tidak boleh terus dihukumkan sebagai telah murtad. Hanya Mahkamah Tinggi Syariah Negeri sahaja yang berbidang kuasa menentukan seseorang itu telah murtad. Sering menunaikan solat dan beramal ibadat adalah tanda seseorang itu beriman. Murtad tanpa sengaja atau melakukan sesuatu yang menjadikan murtad tanpa disedari adalah mainan perasaan yang disebabkan ragu-ragu dan hasutan serta bisikan syaitan yang perlu dihindarkan daripada terus menguasai perasaan. Juga tingkatkanlah amalan, banyakkan berdoa dan beristighfar serta berzikir untuk memperbaharui syahadah. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Perbaharuilah iman kamu”. Rasulullah ditanya oleh para sahabat : ”Bagaimana cara untuk memperbaharui iman kami?”. Baginda SAW bersabda : “Perbanyakkan berkata “La ila ha illah Allah ) (لا اله الا الله”. (Riwayat Ahmad) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 204

message user image