Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya dan suami sya telah bertengkar. Saya ketika itu mengugutnya akan membawa anak kami ke pulau pinang tempat kakak saya . Suami saya mengatakan yang saya akan jatuh talak jika pergi ke pulau pinang bersama anak saya sendirian. Pertanyaan saya adakah jatuh talak jika sya pergi ke pulau pinang bersama suami dan anak kerana dia mengatakan yg saya hanya akan jatuh talak jika datang ke sana sendirian ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, tidaklah jatuh talak sekiranya puan ke Pulau Pinang bersama suami dan anak, kerana lafaz taklik yang dibuat boleh suami adalah “Jika pergi ke Pulau Pinang bersama anak sendirian”. Lafaz taklik tersebut juga tidak boleh ditarik balik, ia terikat sepanjang perkahwinan selagi tidak dilanggar. Sebaiknya perkara ini hendaklah dikemukakan ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran agar dapat direkod dan disahkan oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa menentukan statusnya.
Sekian, terima kasih.