Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya? kalau saya dalam perjalanan ke Tempat jauh seperti Johor, tetapi bas bertolak pada waktu Asar kemungkinan saya terlepas menunaikan solat Asar & Magrib. Jadi ada tak cara menunaikan solat sewaktu musafir macam soalan saya tadi?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, perjalanan daripada Puchong ke Johor melebihi dua marhalah. Ini bermakna tuan boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar. Jika tuan keluar dari rumah sebelum waktu Asar, dan kedudukan perhentiasn bas untuk ke Johor itu berada diluar kariah tempat tuan tinggal, maka saudara boleh tunaikan solat Asar secara qasar (2 rakaat) di perhentian bas sebelum bas bertolak. Jika belum masuk waktu Asar, keluar sebelum zuhur untuk menunaikan solat jamak takdim Zohor dan Asar. Manakala solat Magrib pula, saudara boleh jamakkan dengan solat Isyak, sama ada takdim atau takhir.
Sekian, terima kasih.