BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Datuk saya meninggal dan mempunyai harta pusaka..mempunyai isteri (nenek tiri) tidak mempunyai anak, 2 org anak lelaki (termasuk ayah saya) dan 2 perempuan dr perkhawinan dahulu..masalah skrg ayah telah meninggal dan disusuli nenek tiri...adik beradik nenek tiri semua sudah meninggal dahulu kecuali seorang adik lelaki (sudah meninggal) dan mempunyai 2 anak perempuan..soalan adakah adik-beradik nenek berhak utk mendapat faraid sedangkan harta berasal dr datuk saya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, adik-beradik nenek tidak boleh mewarisi harta pusaka datuk, kerana datuk masih mempunyai waris yang lebih layak iaitu anak kandungnya (seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan) yang masih hidup dari perkahwinannya terdahulu. Contoh, jika nenek tiri dan ayah telah meninggal terlebih dahulu daripada datuk, maka mereka tidak mendapat harta warisan datuk. Justeru harta tersebut hendaklah difaraidkan kepada anak lelaki dan anak perempuan datuk. Namun, cucu lelaki dan perempuan boleh menuntutnya melalui wasiat wajibah, kerana ayah telah meninggal terlebih dahulu daripada datuk. Jika dapat pun, adik-beradik nenek akan ambil daripada bahagian nenek. Rujukan fatwa : i. http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/195-hukum-pelaksanaan-wasiat-wajibah ii. http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2017-terkini/798-hukum-perlaksanaan-wasiat-wajibah-pindaan Sebaiknya, saudara atau waris boleh membuat permohonan pembahagian faraid melalui Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk diurus mengikut garis panduan syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 66

message user image