BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Si A mempunyai banyak hutang dengan orang. Baru2 ini beliau mendapat tajaan sepenuhnya menunaikan umrah. Beliau berat hendak menerima tajaan berkenaan dalam keadaan banyak hutang sedangkan beliau tidak perlu keluarkan sesen pun untuk ibadah umrah ini. Boleh tolong beri nasihat kepada beliau. Perlukah beliau menerima jemputan ini?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak menjadi satu kesalahan untuk individu tersebut menerima tajaan menunaikan umrah sekalipun dia dikelilingi oleh hutang yang banyak. Hutang yang ada tetap wajib dibayar dengan apa cara ikhtiar sekalipun, peluang yang diberi boleh dimanfaatkan. Mungkin lebih baik jelaskan perkara sebenar kepada pemberi hutang agar tidak salah faham. Antara syarat wajib umrah selain Islam, baligh, berakal dan merdeka ialah berkemampuan yang mana ia dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu: a) Berkemampuan atas usaha diri sendiri. b) Berkemampuan dengan bantuan orang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image