BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Maaf saya mahu bertanya berkenaan hukum zihar. Baru-baru ini saya tidak berapa ingat berapa lama..masa tu sy telah mengucapkan kepada isteri saya lipatan/lemak di bawah bahu belakang adalah seperti emak saya...niat sy semata-mata nk bagitahu bahawa bini saya semakin berisi/gemuk.. Mohon pencerahan daripada ustaz..adakah itu telah termasuk dalam hukum zihar ustaz...mohon ustaz bagi penerangan ustaz sy hari2 berfikir pasal benda ni...


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, zihar ialah perkataan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya atau menyamakan mana-mana anggota isteri. Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan, beserta dengan niat zihar atau membawa makna zihar iaitu ingin mengharamkan hubungan suami isteri. Oleh itu, ada anggota yang disamakan oleh suami, tetapi suami tidak berniat zihar maka tidak jatuh hukum zihar ke atasnya. Dalam isu ini, perbuatan zihar hendaklah dilihat dari segi niat dan cara perkataan itu dilafazkan. Imam Syafie menjelaskan bahawa sekiranya seorang suami berkata sesuatu yang mirip dengan zihar akan tetapi niatnya mulia seperti atas dasar kecantikan atau menyifatkan isterinya seperti ibunya pada saiz, bentuk atau sifat-sifat lain, maka ia tidak dikira sebagai zihar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 71

message user image