BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: saya baru pencan, dan dapat sejumlah wang graduti,adakah saya dikenakan zakat atas wang tersebut... Bagaimanapula wang hasil jualan sebuah rumah.., wang hasil jualan rmah digunakan semula untuk beli rumah baru...adakah dikenakan zakat


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, ganjaran wang pencen (gratuiti) adalah wang yang diperolehi dari hasil pekerjaan seseorang pada masa yang lampau. Oleh itu, ia juga wajib dikenakan zakat sebanyak 2.5%. Manakala duit hasil jualan rumah dikenakan zakat jika disimpan dahulu sebelum membeli rumah lain. Jika transaksi pembelian yang menggunakan hasil jualan dalam tempoh semasa, maka tidak dikenakan zakat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 103

message user image