BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan, saya ingin tahu apa hukum meminum sedikit air basuhan tangan didalam pinggan yg kita makan,setelah kita selesai makan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perbuatan meminum air basuhan tangan di dalam pinggan setelah selesai makan, bukanlah amalan dan adab yang diajarkan dalam Islam. Rasulullah SAW menyuruh membasuh tangan sebaik sahaja selesai makan, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” أَكَلَ كَتِفَ شَاةٍ فَمَضْمَضَ ، وَغَسَلَ يَدَيْهِ ، وَصَلَّى “ Maksudnya : “Rasulullah s.a.w memakan paha seekor kambing, kemudian berkumur-kumur, membasuh kedua tangannya, kemudian solat.” (Riwayat Ibnu Majah) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 308

message user image