BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum mengadakan majlis marhaban sempena aqiqah bayi yang baru lahir tanpa melakukan ritual yg tidak berdasarkan syariat spt memotong rambut bayi dgn diletakkan didalam buah kelapa dll. hanya sekadar membaca syair2 memuji terhadap kecintaan nabi Muhammad S.A.W


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, diharuskan untuk mengadakan majlis marhaban sempena aqiqah bayi yang baru dilahirkan, kerana isi kandungannya tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar selagi menjaga adab di dalam majlis zikir tanpa ada percampuran atau pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Menyebut nama dan kisah hidup Baginda Nabi SAW seperti yang terkandung di dalam marhaban adalah sebahagian daripada perkara yang dapat memupuk cinta dan kasih kepadanya yang merupakan tuntutan di dalam agama untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman. Hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda ; لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين Maksudnya : “Tidak sempurna iman seseorang sehingga aku lebih dia cintai berbanding kedua ibu bapanya, anaknya dan manusia keseluruhannya” Semoga dengan adanya majlis marhaban akan menambah barakah majlis sempena aqiqah tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 385

message user image