BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, adakah menyanyi lagu yang mempunyai lirik unsur perpisahan seperti " mengapa kita, kasih yang terpisah" boleh menjatuh kan talak? dalam masa yang sama tidak mempunyai niat untuk mencerai kan isteri hanya sekadar menyanyi tetapi timbul was-was yang hanya menyambung sebahagian lirik tersebut dimana hanya menyanyi " kasih yang terpisah". Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan dan penjelasan yang saudara berikan, lafaz tersebut merupakan senikata lagu dan tiada perkataan yang jelas berkaitan cerai, maka tidaklah sampai terjatuhnya talak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 112

message user image