BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Terdapat satu public group di Facebook yang bernama TAGA Fans & Followers di mana seorang Guru mengijazahkan ilmu2 pertahanan diri seperti SIMA, ITPKL, ilmu kunci, benteng syahadah, harta gunung emas, ilmu gerak firasat, ilmu membuka mata batin etc dengan hanya melalui gambar tapak tangan tok guru dengan sedikit bayaran mahar. Menurut tok guru tersebut, khadam jin tidak digunakan. Namun, setelah menerima ijazah, badan dan tapak tangan akan berasa panas dan perkara luar biasa juga berlaku (contohnya: orang yang berniat jahat tidak boleh dekati pemikik ilmu) Apakah pandangan mufti? Adakah perkara ini haram dan berlanggar dengan syara’?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, penjelasan berkenaan ilmu pertahanan diri dan kebatinan ini bolehlah merujuk ke link berikut : i. Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam : http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_perbomohan_menurut_islam.pdf ii. Garis Panduan Silat Menurut Islam : http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_silat_menurut_islam.pdf Sekiranya ciri-ciri ilmu-ilmu yang terdapat dalam Facebook tersebut tergolong dalam perkara yang bertentangan dengan garis panduan di atas, maka hendaklah dielakkan. Secara umumnya, umat Islam adalah dilarang mengamal, mempercayai, mengajar, mempelajari dan mengikuti amalan kebatinan sama ada pertahanan diri, perubatan atau yang seumpamanya, sekiranya ia jelas bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Justeru, mereka yang telah terlibat hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat kepada Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 228

message user image