BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum saya ingin bertanya berkenaan YASIN HAJAT dimana ada dinyatakan siapa yang berhajat boleh cuba mengamalkannya. Bagaimanakan pandangan di sisi islam amalan tersebut? petikan tersebut : YASSIN HAJAT SEGALA HAJAT (Amalan Para Ulama) (Surah Yassin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat. Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yassin (iaitu jantung Al Qurran). Sesiapa yg membaca Surah Yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qurran seluruhnya" Daripada Ma'qil Ibni Yasar. At-Tirmizi meriwayatkan daripada Anas RA, Rasulullah SAW juga bersabda : Surah Yassin dinamakan dalam kitab taurat dgn sebutan "Al-Mu'ammah" (yg umum) yg pembacanya secara umumnya akan memperolehi kebaikan dunia dan akhirat, mengelakan segala bala sama ada kesusahan didunia mahupun akhirat, Pembaca juga akan dilindungi daripada setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. 1. Sebaik nya Buat lah solat sunat Hajat dahulu, 2. Di ikuti solat sunat Tahajud 3. Bacalah Yassin selepas solat subuh dan ulanglah ayat2 yg seperti tertera dibawah. 4. Mesti 3 kali Jumaat berturut2, jika tidak anda dikehendaki mengulangi semula. 5. Anda mesti yakin. Boleh juga di bacakan pada air jika untuk melembutkan hati anak/isteri/suami yg keras... Wallahualam...Dari Kelas Pengajian tafseer Dato Dr Fathma. * ( ada yg berjaya disembuhkan dari penyakit berbahaya, ada yg memohon untuk dapat anak selepas 10 thn kahwin berjaya dapat zuriat, ada yg suami tak solat, tiba2 mahu solat dan ke masjid dll) Mohon dan doalah dgn yakin. * Untuk lebih mustajab buatla juga solat sunat taubat, kadang2 doa kita tidak mustajab kerana dosa2 kita sendiri. Wallahualam. DaDr


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tiada istilah “yasin hajat” dalam Islam. Jika ingin memohon sesuatu hajat, boleh dilakukan dengan menunaikan solat hajat. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Faid bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abi Aufa berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; “Barangsiapa yang berhajat kepada Allah atau berhajat kepada seseorang anak Adam, maka ambillah wuduk dan sempurnakan wuduk itu kemudian solatlah dua rakaat dan memuji Allah, membaca selawat atas Nabi SAW kemudian membaca ; لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ لاَ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا اَرحَمَ الَّاحِمِينَ Maksudnya: “Tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. KepadaMu aku memohon sesuatu yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, mendapat keuntungan dari setiap kebaikan, dan keselamatan daripada segala dosa. Wahai Allah janganlah Engkau tinggalkan untukku dosa melainkan Engkau ampuni dan tidak Engkau tinggalkan kegelisahan melainkan Engkau hilangkan tidak Engkau tinggalkan satu hajat yang Engkau redhai melainkan Engkau kabulkan. Wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi mengasihi”. (Riwayat at-Tirmizi) Surah Yasin juga mempunyai fadhilatnya yang sangat baik diamalkan sama ada berasaskan kaifiyat-kaifiyat tertentu atau dijadikan sebagai amalan rutin harian. Yang penting ikhlas kerana Allah SWT sebagai suatu ibadah, disamping mengharapkan keredhaan Allah dan kurniaanNya. Justeru, kita mestilah patuh dan taat kepada perintah Allah dan jauhi laranganNya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”. (al-Baqarah : 186) Namun, jika sekiranya bacaan Yasin yang merupakan amalan soleh ingin dijadikan wasilah dalam berdoa atau memohon sesuatu hajat, maka ia diharuskan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 202

message user image