BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Salam, Ajaran tareqat makrifat tuan guru hadi minallah aminullah ahmad berpusat di indonesia ada juga di kuala lumpur adakah berlandaskan ajaran islam sebenar? Berikut saya berikut rujukannya https://m.facebook.com/profile.php?id=100028884648472 , https://m.facebook.com/profile.php?id=100024771274686 dan https://www.youtube.com/channel/UCyXnO7qvePPvi08h8JVocMg untuk rujukan tuan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sehingga kini ajaran tarekat tersebut belum ada fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan ini. Ia perlu dibuat kajian selanjutnya. Sebagai panduan umum, bagi menentukan sama ada sesuatu ajaran tarekat itu diperakui atau tidak, pastikan ciri-cirinya seperti berikut : Antara ciri-ciri dalam amalan tarekat yang diperakui adalah: i. Amalan tersebut hendaklah diasaskan dengan kekuatan ilmu mengenai aqidah, syariah dan akhlak. ii. Tidak menganggap martabat dirinya lebih tinggi dan amalannya lebih suci daripada orang yang tidak mengikut ajaran tarikatnya. iii. Zikir yang diamalkan mempunyai sandaran dari al-Quran, al-Sunnah, amalan para sahabat dan salafussoleh. iv. Memperbanyakkan zikir dengan penuh keikhlasan. v. Tidak berzikir sampai keperingkat lupakan diri. vi. Bersifat warak dengan menjaga halal-haram, syubhah dan sia-sia secara istiqamah termasuk amar makruf dan nahi mungkar. vii. Tidak menambah lafaz syahadah. viii. Sentiasa membersihkan jiwa dengan menjauhi sifat-sifat tercela (mazmumah) dan mengamalkan sifat-sifat terpuji (mahmudah). ix. Cara amalan mengikut salasilah asal mengikut sunnah yang bertepatan dengan aqidah, syariah dan akhlak. x. Mendapat bimbingan dari guru yang mempunyai ciri-ciri berikut: a. Berilmu dan sedia menyampaikan ilmu secara terbuka b. Berakhlak mulia dan warak c. Ahli ibadah yang berwibawa (thiqah) d. Tidak mewajibkan sebarang bayaran e. Tidak mengikat pelajar menuntut di tempat lain xi. Dalam beramal tidak meninggalkan tuntutan syariah walau di peringkat ketinggian (maqam) mana sekalipun. Kerana ia bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW. Disamping itu, boleh dapatkan Buku Garis Panduan Dalam Amalan Tarekat yang dikeluarkan oleh Jabatan ini untuk panduan puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 201

message user image