BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan. Sahabat saya terjumpa sesuatu benda yg pelik di rumahnya. Benda tersebut kelihatan seperti benda yang digunakan dalam ilmu sihir. Soalan saya apa yang perlu sahabat saya lakukan dengan benda tersebut? Tanam benda tersebut? Buang benda tersebut ke dalam sungai? Apa hukum jika sahabat saya menyimpan benda tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, jika benda tersebut didapati menyerupai barangan yang digunakan dalam ilmu sihir adalah disyorkan kepada sahabat tuan memusnahkan sihir dengan menggunakan kaedah bacaan dan doa ruqyah al-Sharíyyah terhadap barangan tersebut sebelum dibuang atau dibakar jika mampu. Tetapi jika tidak mampu maka boleh tanam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 209

message user image