BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, di sini saya berhasrat ingin bertanya kepada mufti tentang mimpi. Adakah dalam Islam boleh kita mempercayai mimpi tentang sesuatu. Mimpi yang pada hari yang sama tentang seseorang yang sama tetapi perkara berbeza. Mimpi yang pertama tu seseorang tu menunjukkan sisi yang buruk. Mimpi yang kedua menunjukkan seseorang tu dah bertukar jadi baik. Untuk pengetahuan saya ada berdoa untuk dipanjangkan jodoh dengan seseorang. Sekian. Terima Kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, berdasarkan kepada mafhum hadith, mimpi itu terbahagi kepada tiga (3) sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: إِنَّ الرُّؤْيَا ثَلاَثٌ : مِنْهَا أَهَاوِيلُ مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ بِهَا ابْنَ آدَمَ ، وَمِنْهَا مَا يَهُمُّ بِهِ الرَّجُلُ فِي يَقَظَتِهِ ، فَيَرَاهُ فِي مَنَامِهِ ، وَمِنْهَا جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ Maksudnya: “Mimpi itu ada tiga jenis: Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam, mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur, dan mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.” (Riwayat Ibnu Majah) Selain itu, hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلاَّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ Maksudnya: “Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu).” (Riwayat Muslim) Justeru, boleh diambil iktibar bagi mimpi yang baik yang diusahakan dengan solat istikharah, doa dan sebagainya untuk membuat sesuatu pilihan yang terbaik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 186

message user image