BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum sekiranya saya terlintas atau terlafas perkataan 'kalau tak buat atau tak tengok enkau keluar dari Islam' saya sedar apa yang saya katakan...lantas segera istighfar. Adakah saya dikira kufur?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukumnya adalah dimaafkan selagi tidak dilakukannya. Tambahan pula, puan segera beristighfar. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya bahawa Nabi SAW bersabda; إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِأُمَّتِي عَمَّا تُوَسْوِسُ بِهِ صُدُورُهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَتَكَلَّمْ بِهِ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ Maksudnya : “Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku ini sesuatu yang terdetik dalam hati selama tidak dilakukan, atau diucapkan. Dan apa-apa yang dipaksakan kepadanya.” (Riwayat Ibnu Majah) Oleh itu, lintasan di hati adalah diluar kawalan kita. Adakalanya ia adalah bisikan dan hasutan dari syaitan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (al-A'raaf : 200) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 263

message user image