BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam Maaf mengganggu, saya ada soalan ingin bertanya. Soalan daripada kawan saya dan saya forward terus ke tuan Situasi camni, isteri saya selalu kalau bergaduh besar, dia akan padam gambar kami berdua di Facebook, Kemudian saya pon berkata, jikalau awak padam gambar kita di Instagram, akan jadi benda xelok sebab awak seolah2 macam tiada lelaki sebab asyik padam gambar kita(dalam hati niat nak ceraikan dia sebab terlalu marah). Dan saya pon pada masa yang sama buka la Instagram dengan harapan agar isteri saya tidak memadam gambar kami yang dahulu. Dan setelah saya periksa Instagram dia, memang isteri saya tidak memadam gambar kami yang dahulu. Sejurus selepas itu, saya bertanya isteri saya, adakah awak padam gambar kita ? dan isteri saya jawab , ya, memang ada padam, tapi hanya padam gambar yang baru sahaja upload tadi. Maksudnya isteri saya baru sahaja padam gambar kami yang dia baru upload beberapa minit yang lalu dan ketika saya memeriksa Instagram isteri saya(ketika niat cerai), gambar yang isteri saya baru upload tadi tidak muncul dan saya hanya berniat cerai sekiranya dia padam gambar yang sedia ada(yang dahulu). Persoalannya, adakah jatuh talak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tiada lafaz taklik yang berlaku antara kawan saudara dan isterinya yang boleh menyebabkan jatuhnya talak dengan sebab memadam gambar yang dimaksudkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 63

message user image