BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Suara Hati saya ni selalu main2, bila saya ckp kat diri saya ni jgn ckp keluar islam, dalam hati ni akan ckp aku keluar islam. Hati saja dan saya tak bermaksud pon nak kata mcm tu. jadi saya nak tanya mcm mana saya nak buang kata hati mcm ni??


message user image

Jawapan  

Lintasan hati merupakan satu keadaan yang berlaku kepada ramai orang, malah mungkin semua orang. Bezanya dari segi mengawal dan mengurus lintasan hati yang bersifat negatif seperti yang saudara alami. Untuk itu saudari perlu berusaha “melawan” lintasan-lintasan tersebut; i. Dengan sentiasa berzikir kepada Allah SWT. ii. Tidak “melayan” lintasan-lintasan tersebut dengan fikiran dan perasaan, sebaliknya gantikan dengan perkara-perkara yang baik, dengan meningkatkan kerja-kerja amal soleh/ ibadat. iii. Sibukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan serta elakkan berada bersendirian dalam tempoh yang panjang. iv. Dapatkan rawatan dan nasihat kaunselor bertauliah. Allah Maha Pengampun. Pengampunan (Rahmat) Allah mengatasi kemurkaannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 175

message user image