BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tuan, sy mahu bertanya jika saya menyimpan duit pemberian org untuk anak sy dlm akaun amanah saham sy, adakah sy perlu asingkan juga dividen yg sy terima mengikut amaun duit hak anak sy? Anak masih kecil, kerana kekangan masih belum blh buat akaun peribadi untuk anak semasa musim perintah berkurung. Teeima kasih tuan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dalam harta yang dimiliki oleh anak, terdapat hak untuk ibu bapanya. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash katanya: إن أبي اجتاح مالي. فقال: أنت ومالك لأبيك. وقال رسول الله ﷺ : إن أولادكم من أطيب كسبكم فكلوا من أموالهم. Maksudnya : “Sesungguhnya ayahku itu mengambil semua hartaku.” Nabi SAW bersabda, “Kamu dan semua hartamu adalah milik ayahmu.” Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya anak-anak kalian adalah termasuk jerih payah kalian yang paling berharga. Makanlah sebahagian harta mereka.” (Riwayat Ibnu Majah) Berkaitan dengan dividen, pastikan akaun amanah saham adalah patuh syariah. Justeru, terpulang kepada puan sama ada hendak mengasingkan atau sekadar amaun yang dimasukkan sahaja, kerana syarak membenarkan hak kepada pelabur untuk menerima segala hasil keuntungan. Namun, jika puan mengalami kerugian, nilai yang perlu dipulangkan adalah mengikut nilai asal yang dimasukkan ke dalam akaun amanah saham tersebut sahaja tidak boleh dikurangkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image