BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. Saya nak bertanya pasal hutang-hutang arwah adik saya. Arwah ada meninggalkan sejumlah wang yang agak besar. Wang tersebut telah diberikan kepada ayah dan ibu kami atas persetujuan ketiga-tiga adik beradik tanpa minta 1 sen pun. Tapi yang menyedihkan ibu saya telah membelanjakan wang tersebut sewenang-wenangnya. Untuk pengetahuan, arwah meninggalkan hutang, kereta dan bil-bil yang lain. Kami ada beberapa kali mengingatkan ayah dan ibu untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut, malangnya tidak dipedulikan. Bagaimana kami sebagai adik beradik dapat membantu? Kami sedih mengenangkan hutang-hutang arwah yang masih belum dilangsaikan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, apabila berlakunya kematian ahli keluarga, warisnya hendaklah menguruskan hutang-hutangnya terlebih dahulu sebelum ia difaraidkan. Ini kerana ada hak-hak orang lain yang mesti dilunaskan. Kemudian uruskan pula badal haji (jika belum menunaikan haji sekiranya telah wajib sebelum meninggal), fidyah/ kaffarah/ nazar/ wasiat (jika ada). Selepas semuanya selesai, barulah boleh difaraidkan kepada waris. Jika ibu dan bapa tidak mempedulikan perkara ini, saudari boleh pakat bersama adik-beradik selaku warisnya untuk melangsaikan hutang tersebut menggunakan wang yang lain secara kongsi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 287

message user image