Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya tentang mandi nifas. Begini, saya sudah mempunyai 3 org anak termasuk 1 kandungan yang dikeluarkan karana kandungan gugur (bukan anak tapi daging dirahim) dikeluarkan seperti melahirkan. Soalan saya disini ialah saya belum pernah mandi nifas. Saya keliru. Tolong bantu saya. Sekian terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, mandi nifas ialah mandi wajib apabila habis sahaja darah nifas selepas bersalin. Niatnya “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”, atau “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala” atau “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.