BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai apakah hukum seorang wanita memakai gelang kristal? Saya lihat ramai wanita Islam percaya bahawa sesetengah kristal membawa kebaikan kepada diri mereka seperti membawa aura positif, kekayaan dan cinta. Bagi saya pemakaian kristal cukup hanya sekadar untuk berhias memandangkan wanita adalah diharuskan untuk berhias. Bukankah begitu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, wanita yang memakai gelang kristal hukumnya harus. Tetapi jika dipakai dengan tujuan ia mempunyai kuasa, semangat dan seumpamanya, hukumnya adalah haram kerana mensyirikkan Allah. Gelang tersebut tidak menyebabkan manfaat dan mudharat kepada pemakainya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”. (Yunus : 106) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 360

message user image